Wednesday, 19 October 2016

Air ketum? Best ke?

Alrighttt...

Air ketum? Best ke weyh? Hahaha. Kalau cakap ketum je aku rasa nak gelak pulak. Kalau cakap dengan orang tua otai lamo lamo mesti dia pun gelak dan tanya "kau minum air ketum ke?". LOL.

Ketum sekarang ni dah jadi popular dalam kalangan masyarakat dekat Malaysia. Ramai yang kata air ketum ni bagi tenaga untuk buat kerja. Okay tu point nombor satu. Ketum boleh dibuat ubat. Okay point nombor dua. Ketum boleh melancarkan saraf dalam badan dan ni point yang ketiga.

Okayyy.. Aku rasa ni jelah kot kebaikan yg aku rasa ada pada ketum.

Persoalannya sekarang ni... Apakah keburukan dari ketum? Apakah yg menyebabkan nama ketum ni jadi busuk dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Pertama, air ketum selalu peminum akan campur air ketum dengan bahan bahan yang tak sepatutnya dicampur macam air coke, ubat batuk, dan segala bahan selalunya berbentuk cecair yang boleh membuatkan air ketum yang dikatakan pahit boleh dikurangkan rasa pahitnya dengan mencampur bahan bahan lain yang manis kandungannya. Kalau difikirkan balik, wajar ke nak campur dengan bahan lain? Ketum sahaja tak cukup ke? Bahan bahan yang dicampur ni lah yang boleh menjahanamkan badan sebenarnya. Ubat batuk pulak boleh buat peminum jadi 'high'. Sama lah dengan minum arak kalau dah high.

Kedua, air ketum yang direbuskan dari daun ketum memang akan ada banyak atau sedikit kandungan getah. Tahukah korang yang getah ni lah yang boleh menyebabkan usus perut menjadi sempit dan nerve peminum boleh ketagih dengan air ketum. Dengan kata lain, takda ketum takleh buat kerja.

Ketiga, air ketum sekarang ni selalu diminum oleh peminum secara berkumpulan. Secara tak langsung orang yg tak minum pun kadang kadang boleh terjebak. Jadi bahan lepak hisap rokok dan sebagainya. Jadi ada kemungkinan tak perkara yang tak elok akan datang?

Sifu aku pernah bagitau aku air ketum ni takde lah pahit mana sangat. Ada lagi air yang lebih pahit dan banyak lagi sebenarnya kaedah lain untuk meningkatkan tenaga dan ubat untuk menyembuh dan mengurangkan potensi datangnya penyakit. Sifu aku pun ada cakap air ketum yg sebenar benar baik dari daun yg ada merah kemerahan dan warna air akan sama macam air teh. Itu yang paling baik untuk diminum untuk melancarkan urat saraf dan bukan air yang warnanya macam air tebu. Itu berdasarkan apa yang sifu aku cakap lah. Aku pun tak suka air pahit pahit nih. Korang suka ke? Tepuk dada tanya iman ler.. Lebih baik bekam dari minum air yang entah tak tentu hala mudaratnya.

Kekeke. Ada yang nak belajar forex? Boleh ler belajar dengan aku. Free je. Aku pun tak pro mana. Haha. K bai. Kalau free tinggalkan lah komen. Nak tau jugak ada ke respon respon yang menarik tentang ketum ni. Huhuhu. Baiiii.

6 comments: